KAEDAH - KAEDAH MENTERJEMAH LAMA (FORMAL)

Mengikut kaedah lama, penterjemahan ditumpukan pada persamaan bentuk teks terjemahan dengan teks asal. Aspek seperti format, rima rentak, bunga bahasa dan ciri - ciri kebahasaan yang khusus dalam teks asal cuba dikekalkan supaya terjemahan yang dihasilkan menyamai bentuk asal. 

Ada juga kaedah baru diterbitkan yang mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. Sambutan pembaca terjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang dialaminya. Kaedah baru ini menitikberatkan persamaan dinamik dan disebut sebagai terjemahan kaedah dinamik. Di blog saya pada kali ini, saya akan menerangkan tentang kaedah lama dahulu, dan kaedah baru, saya akan terangkan di blog yang seterusnya. 


Terdapat 4 Kaedah Lama (Formal), antaranya:

  • Pinjaman
  • Peniruan
  • Penggantian
  • Transposisi 

1. KAEDAH PINJAMAN:

  • Berlaku hasil daripada pertembungan @ kontak bahasa.
  • Digunakan apabila tiada padanan yang sesuai dalam bahasa sasaran, dari segi teknik, konsep, perstilahan, dan seumpamanya.
  • kaedah ini turut digunakan untuk menimbulkan sifat - sifat khusus dalam teks.
  • kata ini dipinjam secara terus dan ditulis miring dalam teks. Seperti: aorta, aspirin, wikipedia, homestay.
CONTOH: 

TSU: Endocraditis is caused by bacteria that enter the blood
TSA: Endokraditis berlaku akibat bakteria yang memasuki darah.


2. KAEDAH PENIRUAN

  • Peniruan berlaku apabila kemasukan istilah pinjaman ke dalam bahasa sasaran, hanya istilahnya sahaja yang ditiru dan diterjemah. 
  • Terdapat 2 jenis peniruan:
  • i-tidak mengubah struktur bahasa sasaran
CONTOH:

buffet servis ⇢ servis buffet
electric current ⇢ arus elektrik
clod war ⇢ perang dingin


3. KAEDAH PENGGANTIAN/ HARFIAH
  • Setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaannya dalam bahasa sasaran, struktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar.
  • Banyak digunakan dalam teks yang ringkas. Spt: ayat selapis, ayat tanya, ayat seruan, ayat perintah dan keterangan.
CONTOH: 

sesungguhnya Allah bersama orang - orang yang sabar.


4. KAEDAH TRANSPOSISI

  • Kaedah yang mengubah kedudukan frasa @ klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud maklumat.
  • Kaedah transposisi golongan kata:
          menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan. 





Comments