JOM KENALI TOKOH SARJANA TERJEMAHAN !


Eugene Nida



         Nama                          : Eugene A. Nida
         Tarikh Lahir             : 11 November 1914
         Tempat Lahir            : Oklahama City, Oklahama
         Isteri-isteri               : Althea Sprague (1943-1993) & Dr. Elena Fernandez (1997-2011)
         Tarikh kematian     : 25 Ogos 2011 (berumur 96), Madrid, Spain
         Pendidikan dan Pencapaian           :

        1936: Menamatkan pengajian dari University Of California dengan pencapaian ‘Summa cum laude  iaitu tahap akademik yang cemerlang dengan diberi penghormatan tertinggi diiktiraf di Amerika Syarikat selepas ‘magna cum laude’ dan ‘cum laude’. Selepas tamat pengajian, Nida menghadiri Camp Wycliffe iaitu tempat untuk mempelajari teori penterjemahan kitab Bible.

       1937-1939 : Menjalankan kajian di University of Southern California, di mana beliau mendapat Ijazah  Sarjana dalam kursus New Testament Greek pada tahun 1939. Kemudian, beliau dilantik        menjadi  paderi di Gereja Calvary Santana, California.

         1943: Menerima Ph.D dalam jurusan Linguistik dari Universiti Michigan. Beliau telah dilantik menjadi ‘menteri baptis’.


Karier             :           Pada tahun 1943, Nida  memulakan kerjayanya sebagai ahli bahasa bagi persatuan American Bible Society (ABS). Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif Terjemahan sehinggalah bersara pada tahun 1980. Teori Nida bermula apabila beliau diarahkan untuk mengikuti misi ke Afrika dan Amerika Latin untuk menjadi ahli penterjemah kitab Bible. Bermula dari itu beliau menyedari akan kepentingan terjemahan seterusnya mengajarkan kepada para penterjemah yang lain untuk menterjemah dengan cara yang betul, memberi latihan dan pengorganisasian. Beliau merantau ke pelbagai daerah untuk meluaskan kegiatannya dalam mendidik para penterjemah menjadi yang terbaik sehingga terbentuk struktur organisasi yang akhirnya bersifat mendunia melalui United Bible Societies Translation Program.

Teori               :           Nida merupakan perintis kepada teori penterjemahan dan linguistik. Beliau menukilkan teori tersebut melalui penulisan karyanya seperti The Theory and Practice of Translation, Language Structure and Translation: Essays, Morphology: The Descriptive Analysis of Words dan sebagainya. Nida telah mengklasifikasikan 6 aspek penting dalam penterjemahan.
1) Penyalinan semula maklumat
2) Persamaan bukan keserupaan
3) Persamaan yang bersahaja
4) Persamaan terdekat
5) Keutamaan makna
6) Kepentingan gaya

Comments