TOKOH SARJANA LARSON

 


TOKOH SARJANA LARSON 

Biodata Ringkas
  • Nama penuh beliau ialah Mildred L Larson
  • Dilahirkan pada 29 Mac 1925 di South Dakota, USA dan meninggal dunia pada 9 April 2014 di Minnesota, USA ketika berusia 89 tahun 

Pendidikan Awal
  • Menamatkan zaman remajanya di Bemidji High School dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Inggeris di Wheaton College, USA.
  • Setelah habis pengajian, beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di sekolah selama dua tahun.
  • Setelah itu, beliau mulakan langkah sebagai penterjemah di Camp Wycliffe.
  • Pada tahun 1947, Larson dihantar ke Universiti of Oklahama untuk menjadi penterjemah dalam bidang linguistik. 
  • Kemudian, beliau menghadiri kelas linguistik di Colombia Bible College Graduate School sebelum dihantar bertugas di Peru, USA.
  • Pada tahun 1952, beliau ditugaskan di Peru sebagai ahli bahasa kepada bangsa Aguarana dan bekerja sebagai pasukan ahli WBT Radio Station.
  • Beliau menamatkan pengajian MA (Master of Art) dalam  bidang Linguistik di Universiti Michigan.
  • Beliau menamatkan Ph.D dalam bidang Kemanusiaan melalui kajiannya di Hartford Seminary and the University of Texas di Arlington pada tahun 1978.

Karier
  • Dilantik menjadi penyelaras akademik sebagai perunding terjemahan di kawasan Amerika Latin. 
  • Seterusnya Larson mula menulis sebuah buku mengenai pengalamannya ketika di Aguaruna yang bertajuk Treasure in Clay Pots dan sebuah buku linguistik Functions of Reported Speech.
  • Pada tahun 1980, beliau diminta untuk berkhidmat sebagai ‘penyelaras terjemahan antarabangsa’ dan mengadakan sebuah bengkel latihan perunding di pelbagai negara untuk melatih ahli-ahli baru.
  • Dalam masa yang sama, Larson telah menulis buku teks untuk program latihan yang kini masih digunakan di universiti diseluruh dunia.


Buku Yang Pernah Diterbitkan
  • Manual for Problem Solving in Bible Translation (1975)
  • Meaning-Based Translation (1984)
  • Treasure in Claypots: An Amazing People on The Wheel of Change (1985)
  • Meaning-Based Translation Workbook: Biblical Exercises (1997)


Comments