PUSAT PERKHIDMATAN TERJEMAHAN DI MALAYSIA (ITBM)

INSTITUSI TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA

Mari kita kenali pusat perkhidmatan terjemahan yang paling terkenal di Malaysia ini. Pusat tersebut dikenali sebagai Institusi Terjemahan & Buku Malaysia. ianya terletak di Kuala Lumpur bertempat di Wisma ITBM, Seksyen 10 Wangsa Maju. Institusi Terjemahan & Buku Malaysia atau singkatan ITBM sebelum ini dikenali sebagai Institusi Terjemahan Negara Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2023 ini.

  • pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa melayu dan juga bahasa lain.
  • pusat perkhidmatan kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara.
  • pusat yang menerapkan aspek kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa.

Objektif ITBM: 

  1. Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa.
  2. memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti bahasa melayu.
  3. memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan dan pengurusannya.

Misi ITBM

  1. Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju, selaras dengan Wawasan 2020.
  2. Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku.
  3. Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan dan penerbitan buku supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia.
  4. Membangunkan modal insan dalam industri penterjemahan dan penerbitan buku.


  5. Visi ITBM:

    - Memjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbi buku berkualiti.



    Antara buku - buku yang telah diterbitkan:

    - Agama

    40 Hadis Pelestarian Alam Sekitar 
    Penulis: Zaini Ujang, Zulkifli Mohd Yusoff
    Tahun terbit: 2019



    - Bahasa


     APM-ITBM: Pengajaran Bahasa, Budaya, dan Pendidikan Siri Ilmiah
    Penulis: Salinah Ja'far, Mary Fatimah Subet, Awang Azman Awang Pawi
    Tahun terbit: 2019


    - Penterjemahan

    Kembara Pembelajaran dengan TMK: Literasi Digital 
    Penulis: Angie Simmons
    Penterjemah: Kasri Kadir, Teng Boon Leong
    Tahun Terbit: 2017







    Comments