Bedah Lagu Arab

 Banyak lagu Arab sekarang sudah masuk ke Malaysia dan ramai juga penggemar lagu Arab. Namun adakah anda tahu bahawa tidak semuanya perkataan yang digunakan di dalam lirik lagu ialah bahasa Arab baku? Jadi mari kita dengan lagu ini.


Lagu ini merupakan salah satu lagu kegemaran saya. Tajuk lagu ini ialah Hada Ghareeb yang bermaksud Asing yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal iaitu Issam Alnajjar. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki jatuh cinta kepada rakannya sendiri namun tidak mampu untuk meluahkannya kerana takut hubungan persahabatan mereka akan renggang. Fokus kita pada kali ini ialah lirik yang bergaris pada lagu ini.

انا خايف احكي شو في مخبة بقلبي ،
مش نايم الي يومين

Perkataan yang bergaris itu merupakan perkataan lahjah@dialek yang digunakan oleh orang Arab dalam kehidupan seharian. Ia digelar sebagai bahasa 'Amiyah(tempatan). Asal perkataan tersebut berasal daripada خائف dan نائم dan kedua-duanya ialah Isim Fa'il. Huruf Hamzah(ء) pada perkataan tersebut digantikan dengan Ya (ي) untuk menyesuaikan ciri-ciri pada dialek mereka.



Comments