PENGARUH BAHASA ARAB DALAM BAHASA MELAYU

PENGARUH BAHASA ARAB DALAM BAHASA MELAYU

Perkembangan agama Islam makin meluas  bukan sahaja berjaya mempengaruhi golongan pemerintah, tetapi telah menyerap segala peringkat penduduk di mana ia berkembang. Walaupun pengajaran islam tidak mendalam sebab pengaruh hindu Buddha yang sudah bertapak dengan kukuhnya, tetapi ia berjaya membawa transformasi kebudayaan.

PENGAMBILAN KATA -KATA BAHASA ARAB

Di negara ini terdapat beberapa buah kamus kata - kata pinjaman bahasa Arab ke dalam bahasa melayu. Tiga buah kamus ini memberikan bayangan bahawa bilangan kata - kata pinjaman ini dianggarkan di antara 1700 hingga 2000 patah perkataan. Kamus tersebut ialah:

1) Kamus Al-Hamid oleh Abd. Hamid B. Ahmad : 2000 patah perkataan.

2) Gugurkan Arab - Melayu oleh Muhammad Said : 1725 patah perkatakan.

3) Kamus istilah oleh Muhd. Sanusi Hj Mahmod : 2000 patah perkataan.

Kata - kata bahasa Arab ke dalam bahasa   melayu ada yang secara langsung dan ada yang melalui lisan. Menurut J. Gonda, kata - kata seperti ahli(أهل) dan abdi(عبد)  masuknya melalui bahasa Parsi dengan penambahan -i dihujung kata - kata Arab ahli dan abd. 

Antara contoh di bawah ini menunjukkan bagaimana kata - kata Arab diasimilasikan ke dalam bahasa melayu. 

: 'Ilm  - ilmu

: fard - fardu

: 'and - aqad


PENYESUAIAN FONEM ARAB DALAM BAHASA MELAYU

Dalam bahasa Melayu adalah fonem konsonan ya g dilambangkan oleh 26 huruf konsonen, termasuk q dan x bagi menulis kata atau istilah khusus dan k yang melambangkan fonem Arab ain (ع) dan hamzah (ء). "Fonem bahasa Arab ada 34, terdiri daripada yang 28 konsonan, 3 vokal tunggal, 2 vokal rangkap dan satu fonem yang berupa tekanan panjang (maddah).


BEBERAPA MASALAH DARI SUDUT GRAMATIS

  • Harakat
  • Kata kerja
  • Bentuk tunggal danbentuk jamak
  • Kata - kata yang berubah maknanya menurut lingkungan

Comments