Terdapat 6 kaedah terjemahan baru. Mari saya tunjukkan apakah antara kaedah terjemahan baru yang pernah digunakan.
- Kaedah Modulasi
- Kaedah Persamaan
- Kaedah Adaptasi
- Kaedah Penyamaan Fungsian
- Kaedah Pengembangan
- Kaedah Generalisasi
1) KAEDAH MODULASI
- Tujuan yang sama seperti transposisi.
- Kaedah ini diaplikasikan melalui penterjemahan dengan mengubah padanan satu lawan satu perkataan di dalam frasa @ ayat tetapi mengekalkan maksud dan konsep asal.
- Digunakan untuk menterjemah :
- peribahasa
- ujaran lisan
- simpulan bahasa
2) KAEDAH PERSAMAAN
- Menurut Nida (1969) persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan persamaan yang peling lazim.
- Kaedah ini dilakukan pada pelbagai tahap seperti peringkat leksikal, sintaktikal dan persamaan wacana.
- Contohnya, "kos hangus" tidak sama dengan "burnt. kebiasaannya dalam keadaan seperti ini msej akan cuba disampaikan dengan cara lain.
3) KAEDAH PENYESUAIAN
- Penggantian terhadap perbezaan budaya yang terdapat dalam dua bahasa.
- Dianggap sebagai kaedah terjemahan paling bebas.
- Menurut Newmark (1981), kaedah penyesuaian bererti padanan yang sudah diterima pakai antara dua situasi.
- Dalam kes - kes tertentu penterjemah perlu mencipta satu situasi baru yang mempunyai persamaan yang hampir dengan bahasa sasaran.
- Situasi yang terhasil mungkin telah dirombak berdasarkan budaya dan citarasa pembaca terjemahan.
4) KAEDAH PENYAMAAN/ PADANAN FUNGSIAN
- Kaedah yang menterjemah fungsi yat supaya memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti mana reaksi yang diterima oleh pembaca teks sumber.
- Keperluan menggunakan kaedah terjemahan penyamaan fungsian juga terhasil daripada situasi yang terdapat dalam bahasa sumber dan penterjemah perlu mencari padanan fungsi yang sesuai dalam bahasa sasaran.
5) KAEDAH PENGEMBANGAN
- Kaedah yang menghuraikan dan memperjelaskan warta dengan panjang lebar bagi pemahanan pembaca terjemahan.
6) KAEDAH GENERALISASI
- Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas.
- Menjadikan makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus
- Boleh digunakan seandainya tidak mengubah mesej teks asal.
Comments
Post a Comment