Penjagaan Wajah

Sama ada perempuan mahupun lelaki, penjagaan muka haruslah dititikberatkan dan kini sudah menjadi salah satu aspek paling penting bagi setiap individu tidak kira pada waktu siang atau malam. Ada lima asas penjagaan muka yang harus diambil dan dilakukan iaitu:

1- Pencuci Muka (منظف الوجه)

Pencuci muka adalah asas utama dalam penjagaan kulit muka. Pencuci muka yang baik akan mencuci kotoran, bakteria, peluh dan sisa-sisa makeup daripada muka kita dan menghalang liang pori daripada tersumbat.



2- Toner (حبر الوجه)

Kebanyakan orang akan melangkau langkah ini kerana terdapat andaian yang berlarutan bahawa kebanyakan toner merengsakan kulit. Namun setiap jenis toner mempunyai fungsi yang berbeza jadi penting untuk anda tahu dan memilih toner yang tepat dan bersesuaian dengan jenis kulit anda kerana toner ini dicipta untuk mengembalikan pH kulit setelah mencuci muka dengan pencuci.



3- Exfoliator (مقشر)

Tugas exfoliator ini adalah untuk menanggalkan sel kulit mati supaya krim lebih cepat meresap masuk kedalam lapisan kulit. Ia juga berfungsi untuk menyerahkan kulit yang kusam dan tak bermaya. Namun harus diingatkan penggunaan yang selalu boleh melukakan dan menipiskan lapisan kulit.



4- Krim Pelembap (مرطب الوجه)

Fungsi krim pelembap ini adalah untuk mengekalkan kulit kita lembap dan sihat. Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari. Jadi pentingnya penggunaan krim pelembap dalam rutin penjagaan wajah.



5- Pelindung UV (وافي الشمس)

Pelindung matahari harus menjadi langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit siang hari. Tak kira sama ada anda sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, pelindung uv adalah wajib untuk anda. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Comments